
Assalamualaikum.
Sempena ulang tahun kelahiran aku hari ini (10 January 2016), aku hadiahkan diri sendiri sebuah smartphone untuk menggantikan HTC Sensation XL aku yang dah beberapa bulan rosak. Dan pilihan aku? Samsung S6 Edge Plus.
Kenapa Samsung? Kenapa tak itu dan ini? Hehe. InsyaAllah ada masa aku akan cuba jelaskan dalam entri yang akan datang. Cuma kali ini aku ingin kongsikan ulasan & nyah kotak (unboxing) ringkas Samsung S6 Edge Plus.

Warna pilihan aku untuk Samsung S6 Edge Plus ni ialah Emas Platinum (Gold Platinum) yang berkapasiti 32Gb.Serius cun kaler ni beb! heee

Smartphone ini beroperasi dengan sistem android v5.1.1 (Lollipop) dan seperti yang korang boleh tengok dalam gambar di atas, S6 Edge Plus mempunyai kapasiti 4Gb RAM serta CPU 64 bit Octa Core (Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57) yang sesuai untuk mereka yang gemarkan multi-tasking atau gaming.

Kat bawah ni video ringkas semasa aku unboxing S6 Edge Plus untuk kali ke-2. Yela, 1st time unboxing dah tentu la kat kedai masa beli, taruk screen protector semua. Yang unboxing ke-2 ni khas untuk korang. kihkih


Dengan 5.7" Quad HD Super Amoled display, paparan serta saiz smartphone ni agak besar. Sedikit kekok untuk memegang / menggenggam smartphone ni pada awalnya kerana saiznya yang besar, skring lengkung di kedua sisi serta body panel nya yang diperbuat daripada Corning Gorilla Glass 4.



Walau bagaimanapun, smartphone ini masih selesa dipegang & untuk genggaman yang lebih kuat, aku letakkan phone ni dalam flip case cover.

Screen cleaning kit


Sim ejector pin (untuk keluarkan tray sim kad)

Smartphone ini hadir dengan kemudahan dual-sim kepada pengguna.So maknanya kat sini pengguna boleh masukkan dua sim kad dalam phone & saiz sim kad yang diperlukan ialah nano sim kad. Sim kad yang aku gunakan bersaiz mikro, jadi terpaksalah potong. Potong sendiri je, pakai gunting sudahh.haha


Fast charging power adaptor


Antara aksesori yang termasuk dalam pakej smartphone ni ialah fast charger adaptor serta micro usb cable. Wireless fast charger pad tak termasuk ye, yang tu kena beli lain.hehe


Pembungkusan earphone kelihatan sangat kemas di dalam kotak plastik dengan penutup transparent, sesuai dengan model smartphone ini yang boleh dikatakan salah satu model flagship atau premium dari Samsung.



Kamera utama 16MP, f/1.9 dan heart rate sensor
Untuk kamera pula, kamera utama (kamera belakang) ialah 16MP, f/1.9 28mm dengan lampu flash manakala kamera kedua (kamera depan) 5MP, f/1.9 28mm. Dengan gabungan vibrant serta saturation warna dari kamera phone ni, gambar yang terhasil memang cantik.
Oh ya, berkenaan dengan bateri pula, Samsung S6 Edge plus dibina dengan bateri yang tidak boleh dibuka atau dipisahkan dari phone (non-removable battery) yang berkapasiti 3000mAh.
Dalam pemerhatian aku, bateri phone ni mampu bertahan selama 2 hari untuk kegunaan harian yang biasa seperti phone dibiarkan beroperasi dengan wifi atau mobile data dibuka sepanjang hari (hanya malam hari bila nak tidur baru off wifi / data plan), melayari facebook / instagram / whatsapp dan juga membuat panggilan keluar & menerima panggilan.
Jadi itu lah sedikit sebanyak yang boleh aku ulaskan tentang gajet telefon pintar Samsung S6 Edge Plus. Harap smartphone ni dapat berkhidmat & bertahan lebih lama untuk aku. Hee
Sekian. :)