![]()
![]()
![]()
![]()
Kat sana ada sediakan ruang tertutup / bilik khas untuk para muslimah yang mahukan privasi. Bilik bukan sebarang bilik. Ruangnya memang tertutup & lelaki memang tidak dibenarkan langsung untuk masuk ke bilik tersebut even suami sendiri walhal masa tu hanya wife aku sorang je kat dalam tu. (satu bilik tu mampu memuatkan 3 pelanggan muslimah pada satu masa). Walaupun begitu, kalau si suami nak masuk jugak untuk temankan isteri boleh je tapi sila minta kebenaran khas dulu ye untuk hormati polisi dorang.![]()
Caj yang dikenakan untuk pelanggan yang ingin guna ruang atau bilik muslimah ni ialah 15% dari harga rawatan yang ditawarkan. Jika nak gunakan bilik muslimah tu tanpa berkongsi dengan dua pelanggan yang lain, caj yang dikenakan ialah 30%.Berbaloi walaupun dikenakan caj tambahan untuk bilik muslimah ni kerana pelanggan tidak perlu keluar dari bilik tersebut untuk cuci rambut dan lain lain kerana ruang untuk cuci rambut sudah disediakan dalam bilik tersebut.Namun begitu, korang boleh dapat harga istimewa untuk L'Oreal color atau rawatan rebon+scalp yang bermula daripada RM95 jika korang follower IG Ridz Okumura. Bagi non followers pula, caj sebanyak 25% akan dikenakan. Korang boleh follow instagram Ridz Okumura di link sini > https://www.instagram.com/ridzokumura/![]()
Apa yang lebih menarik, caj yang dikenakan untuk pelanggan bilik muslimah ini adalah termasuk tidbits & pakej makanan / minuman (wife aku hari tu dapat set lunch sebab dah masuk waktu tengahahri). Satu perkara lagi, bila dah booking bilik ni, dah tentu la hairsylistnya pun perempuan juga. Macam hari tu, hairstylist wife aku perempuan melayu.So jangan risau. hee
Tidbits
Set LunchKat Ridz Okumura Salon ada sediakan ruang menunggu & juga surau. Yelah, treatment rambut ni bukan sekejap. Macam wife aku hari tu mau dekat 4 jam aku duk menunggu. Ruang menunggu seriously nampak eksklusif & mewah! Kalau dah masuk waktu solat, boleh solat terus kat surau yang disediakan.Tapi kalau bosan sangat, kat bawah ada pun kedai mamak, boleh lepak lepak dulu.hihi
![]()
Jumlah caj yang dikenakan untuk treatment rambut wife aku hari tu ialah sebanyak RM270.25 (rebond, hair cut & scalp treatment). Ridz Okumura juga ada sediakan produk produk yang beraneka jenis untuk rambut. Ada apa apa hal korang boleh tanya terus staff kat sana berkenaan produk produk terbabit.![]()
Alang alang dah buat treatment kat sana, wife aku nak cuba jugak produk Ridz Okumura ni. So atas nasihat staff kat sana, mereka cadangkan wife aku guna produk travelling pack ni sebagai permulaan.Pack ni berharga RM119 sahaja & dalam travelling pack ni ada 3 jenis produk iaitu Argan Oil, Renewing Shampoo & Renewing Moisturiser.
So katakan korang tercari cari salon yang sesuai untuk treatment rambut korang tu, boleh la cuba kat sini. Untuk dapatkan maklumat terkini tentang harga, caj, diskaun atau produk, korang boleh la follow IG Ridz Okumura ye. :)
Adress:
Ridz Okumura Salon,
Impian Meridian S01-13,
Jalan Subang 1, USJ 1,
47000 Subang Jaya, Selangor
Contact Number:
03 5891 1402 / 03 8021 7869
Instagram: